Click !

Saturday, June 25, 2011

Jumaat yang mulia


Hari nie dh jumaat
penghulu segala hari
Firraz;
pagi2 lg dh buat hati ummi berbunga gembira
dtg dekat ummi
atas tilam gesek2 badan
cium pipi ummi 
thanks syg!
daddy terjaga
cium pula ummi sebelah kiri
ermmh! dikelilingi dgn prince charming
buat hati ummi gembira selalu
sayang dan cintanya pada mereka tidak ternilai dgn wang ringgit
ummi gembira dgn kehidupan skrg
semuanya amat sempurna buat ummi

Minggu nie spent masa as mummy & wife buat mereka
nak ajak daddy ke GM untuk beli something
nak beli baju raya for firraz 
tahun nie ummi nak pakaikan anak ummi samping
kami dh set 1st eid theme is 'purple'
baju melayu Firraz RidzQy & Alvin RifQy sama nampaknya
ummi belikan sekali di Bunga raya tempoh hari
moga mummy farah suke dgn warne purple yg kiut untuk mereka tu
Daddy....
biasanya daddy lebih suke beli siap aje
jadi ummi tak buat persiapan untuk buat baju melayu daddy
mungkin di Jalan TAR aje mcm raya yang sudah
Minggu lepas hingga ke minggu ni 
minggu yg pack buat ummi cari baju raya
perempuan ni susah siket
sebab terpaksa membeli bahan awal untuk dihantar ke tailor
ummi pula jenis yang xboleh beli baju segera
ade saje yang tak kene bile di pakai
for sure, jalan yang terbaik....ummi mesti upah tailor untuk baju2 ummi
Last week, pergi ke Bunga Raya untuk cari
dapat lah dua tiga pasang kat sana
yang pastinya Bunga Raya is the best choice untuk acara pilih memilih kain pasang
walaupun harganya agak sedikit mahal
tapi kualitinya yang paling ummi suke
lagi satu, citarasa kainnya...semua corak2 modern
dh deside
sambung lg membeli belah di Jakel Shah Alam & Arked Man di Sg Besar
untuk 1st eid ummi akan pakai baju yg ummi beli di Bunga Raya Textile
insyaAllah....








Thursday, June 23, 2011

Demam N.E Dah Selesai kini kita ber'Stanza Cinta pula....





Selama 24 episod kami selaku Fan N.E ni demam teruk!...
This week baru lega sbb Fenomena aneh yang melanda sudah sampai ke titik akhir yg membawa N.E ke alam bahagia.
So, br je selesai kes N.E
sudah timbul balik demam baru Stanza Cinta
Mungkin ini lg hebat
disebabkan ia dipertonton setiap Ahad jam 9.00 - 10.00malam sahaja
so  seminggu sekali berbanding 4 hari dlm seminggu
lagi la teruk demam kami....


tolonggggggggggggggg!!!







try ini, Pulut Mangga


owhhhh! kesian saya
memandangkan kami semua org jawa
so xpernah pulak buat pulut mangga yg menjadi sebutan dikalangan org belah2 utara n timur
'pulut versi mangga'
aku xtahu gmana caranya ingin menelan kamu?
hehe....
semalam, balik jea dr kerja 
pukul 6.30ptg dh masuk dapur
nak tanak pulut untuk dimakan dgn mangga harum manis
siap menanak pulut, buat sos pula
sos die pakai santan, gula n garam ckit
tp bile aku rasa mcm ade kurang cket
so aku masukkan susu segar untuk rasa lebih lemak


ok dah siap! ni la die pulut mangga....


tapi agak kasihan
hubby xtahu nak makan sajian utara ni
aku p0n, sekadar sepinggan kecil molek ini
nasib ade abg ipar dtg
die tlg makan
untuk hubby,
nasib juga ade rendang
memandangkan die xblh nak makan byk juadah ini
die makan pulut rendang


MOF : kene byk belajar mknan belah timur & utara...hehe





Thursday, June 16, 2011

N.E episode 23


Semalam layan NE dua org dengan teruna kesayangan mama
tepat pukul 7.00pm dh tercongok depan tv
Episod smalam sgt mengguris hati
sbb tindakan nekad si Yvonne nak memporak-perandakan rumahtangga Nora & Seth

Seth sabar dlm segala segi
suami yg baik
berbudi bahasa
hormat org tua
penyabar dgn karenah nora
yang pentingnya
Seth seorang suami yg penyayang
itu lah ciri2 suami pilihan setiap wanita

saat nora sakit
dia menjaga isterinya dengan penuh rapi
xkira siang dan malam
sanggup bersusah payah demi seorang isteri bernama nora

Persoalannya :
masih ada lg kah suami sebaik watak seth di dalam dunia ini??











Friday, June 10, 2011

Janji Allah SWT itu benar, Allahu'Rabbi


Sesuai dengan hari jumaat yg mulia & penuh barakah...
sy nk kongsikan cerita ini buat blog readers semua.
Seriau sy bila membaca coretan tersebut. 
Moga penyebaran ini mendapat manfaat dan iktibar 
buat kita semua yang bergelar insan diakhir zaman. 
Wallahu'alam....

Mayat dan Iktibar, Kuburnya berasap !
Sesusai solat subuh pagi tadi, imam Taib menghulurkan 1 bungkusan plastik dari kocek jubahnya. " Tapa, jangan lupa maklumkan pada Hassan, ada jenazah nak kita uruskan sebelum tengahari ini. Solat jenazah jam 11 pagi. Jika boleh awal sikit korek liang tu..! " pesan Imam Taib.
Ini kerana Hassan sudah 3 hari demam selepas kejadian hari itu. Maka sudah 3 hari juga dia tidak dapat bersolat subuh bersama. Mungkin masih terkejut dengan apa yg dialaminya mungkin.
Pesan imam Taib disampaikan kepada Hassan, alhamdulillah..Hassan sedikit pulih dan mengiyakan mampu utk melaksanakan kerja2 korek liang pagi itu. Lebih kurang jam 7.30 pagi selesai minum kopi di warung Hj. Hamad, maka bergerak lah mereka berdua dengan memikul cangkul dan penyodok ke tanah kubur di belakang masjid.
Demi melangsungkan amanah waris, jenazah pagi ini mahu dikebumikan disebelah pusara ibunya yang telah 5 tahun pergi ke alam baqa. Setibanya ke kawasan kubur,
" San, cuba kamu tengok...! Itu..kubor yang kita korek 3 hari lepas..!! " tiba-tiba gementar yang bukan kepalang menyelinap ke seluruh tubuh Tapa. " Subhanallah...!! asap apa yang keluar tu..!! "
" San..itu bukan asap orang bakar rumput, asap tu keluar dari kubur San..! " gersik Tapa dengan suara terketar-ketar. Hassan yang dari tadi terus tegak berdiri, terkejut tanpa menguit sedikit pun dengan apa yang dilihatnya didepan mata. Matanya tajam terarah ke kubor yang digalinya 3 hari lepas.
Kubor itu milik jenazah wanita yang tanahnya keras macam batu, yang runtuh bila siap digali, dan menyempit bila keranda siap mahu diturunkan, digenangi air entah dari mana terbitnya..Allahuakbar ! Benar kata Tapa, kubur wanita itu memang berasap. Asap itu dari dalam tanah. Dari dalam kubur !
Hari itu gempar orang ramai di kampung itu tentang misteri asap keluar dari kubor. Apa tidaknya, aib itu tidak dapat dielakkan kerana pagi itu ramai yang datang ke masjid dan tanah perkuboran kerana ada mayat yg mahu dikebumikan. Ini kerana kubor itu terus mengeluarkan asap tanpa berhenti.
Iktibar apa yang mahu ditunjukkan oleh Allah swt. atas aib ini ? Maha Besar Allah swt. yang Berkuasa. Petang itu imam Taib segera menziarahi suami arwah serta keluarganya. Rupanya khabaran itu telah pun diketahui awal lagi oleh keluarganya. Sehari selepas mayat arwah isterinya dikebumikan. Kebetulannya, sehari selepas itu suaminya datang menziarahi pusara arwah isterinya di situ. Dan ketika ziarah itu, perkara benar itu dilihat, asap memang sudah mula keluar dari dalam tanah kubor betul2 dari lubang lahat jenazah arwah isterinya itu dikebumikan.
Dari apa yang diceritakan kepada imam Taib, sepanjang hidup arwah isterinya itu di dunia dapatlah diringkaskan seperti dibawah sebagaimana dimaklumkan oleh ibunya serta suaminya bahawa :
Isterinya itu selalu melawan suami. Derhaka kepada ibunya sendiri. Malah arwah isterinya juga seringkali memberitahu bahawa dia sering berzina dengan kawan-kawan lelakinya tanpa pengetahuan suami. Makan luar ! Itu perkataan tepatnya. Dia tidak puas bersama suaminya. Dan ketagihan zina itu berterusan.
Malah kegiatan itu sudah mendarah daging lagi sejak sebelum berkahwin dengan suaminya. Hal itu diceritakan oleh rakan2 arwah setelah berita kubornya berasap heboh tersebar di daerah itu. Sungguh benar, wanita yang juga arwah isterinya itu memang cantik dan putih orangnya. Tetapi oleh kerana sikap buas dan bebasnya itu maka kehidupan sosialnya sangat melampaui batas.
Oleh kerana arwah itu cantik dan seksi, maka ia cukup digilai oleh ramai lelaki termasuklah bos-bos besar kilang ditempatnya bekerja. Siapa yang tidak kenal Pulau Pinang yang terkenal dengan industri dan 'minah kilang' di era tahun 80-an dan 90an dahulu ? Kebetulan perisitiwa ini berlaku di negeri itu di daerah paling selatan dan bersempadan pula dengan negeri Perak.
Malah aktiviti 'makan luar' isterinya itu berterusan berlaku selepas berkahwin. Bukan hanya melayu, malah cina, benggali, mat saleh pun pernah menjamah tubuh seksi dan cantik arwah. Sehingga suatu ketika, arwah pernah termengandung anak haram, tetapi digugurkan di sebuah klinik swasta berhampiran Bayan Baru. Orang Penang mesti tahu klinik itu. Suaminya betul-betul seperti orang gajinya sahaja.
Ditambah lagi dengan sikap kurang ajar dengan ibunya sendiri, arwah terus jadi lupa daratan. Ibunya tidak ubah hanya dijadikan 'hamba'nya dirumah, pernah beberapa kali ibunya ditampar dan dipukul oleh arwah atas beberapa kesilapan kecil yang berlaku.
Ketika dimaklumkan bahawa kubor arwah anaknya berasap, ibunya hanya mampu menangis. Ini kerana dosa arwah terhadap ibunya itu memungkinkan dosanya tidak diampunkan oleh ibunya sendiri.
Setelah bermuafakat, bacaan yaasin dan tahlil diadakan pada setiap malam. Ini kerana kubor itu terus berasap hampir sebulan lamanya. Asap yang keluar pula berbau busuk. Seperti bau daging dipanggang. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan bacaan yaasin dan tahlil diadakan, serta perbincangan keluarga antara suami dan ibu arwah, pada hari yang ke 33 tidak ada lagi asap keluar dari bumi, dari lubang kuboran arwah.
Kisah yang sungguh mengemparkan di daerah itu. Malah hampir 2 tahun kuburan itu tidak ditumbuhi sebarang rumput. Tanahnya hitam seperti terbakar. Permukaan tanahnya kontang dan merekah seperti dilanda kemarau yang panjang.
Iktibar yang dituliskan pada paparan hari ini sungguh besar untuk dimanfaatkan oleh pembaca ABO. Ia kisah benar dan telah terjadi. Jauhi zina, jangan derhaka kepada ibu sendiri, taati ibu kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Hormati dan taatlah kepada suami, jangan berlaku curang, kerana kecurangan itu tanda berat untuk dosa yang lebih besar. Jangan derhaka kepada suami.
Dan Ingatlah bahawa balasan Allah swt. atas hambanya yang melampaui batas itu tidak terhijab, malah ketika saat hidup di dunia fana ini, serta saat masuk ke barzah lagi telah ditunjukkannya buat manusia yang berfikir. Takutlah akan azab Allah swt. Azabnya sangat pedih. Allah Yang Maha Besar.___(*) Kisah ini telah diceritakan oleh seorang alim, kepada penulis (radens) pada minggu lepas dan eksklusif untuk paparan di albanjari online.

Monday, June 06, 2011

Disebabkan aku sgt terpengaruh...


Morning...morning...morning!
Harinie agak lambat menyiapkan diri sendiri mahupun anak
 iye la, balik kpg punya hal...nak balik klang, jalan jem giler
aduihhh! menapak atas jalan berejam2
nasib ade pak supir yg berwibawa
xboleh kanan...
kiri diciloknya
tekan paddle minyak aci jalan jek
mak yg menggeletar perut duk belakang 
nahan seriau
sambil nemankan anak bujang yg dh diulit mimpi2 indah

xsabar nak menanti petang
'Nora Elena in the scene'
wkakaa....
bak kata asben aku...'tak abis2 layan seth tan...'
sambil gaya2 eja cube nak hilangkan huruf 'H' tu
tapi...walaupun settt tannn, die sgt baikk ok!
romantik yg tak boleh nak lupa tue...haha
suke!
cite kat tv baru je 12 episode
tp, disebabkan menggile & teruja dgn cerita nie
sanggup pinjam novel member & siapkan membaca dalam masa 2 hari....
aduhh!
sgt parahh, kata suamiku....
apa p0n xjalan, kih2...
sedih tu xde la sgt
tp sbb keegoan seorang isteri tue
story die membuai2 perasaan 
disebabkan kesetiaan seorang suami pada si isteri yg sgt cantikk


layannnnnnn bahagia untuk petang nih....