Click !

Saturday, March 30, 2013

Jalan-jalan tempat orang


Sebenarnya tengah bosan sekarang nie.
Bila teringat kat past2 vacay, terpanggil pula untuk coret2 pengalaman berada di tempat org.

Kalinie kami nak ke Limbang, Sarawak untuk hantar Haizum kawin.
Dis trip ummi pergi tanpa daddy dan firraz. Ummi pergi dgn paklong hamdan, ibu shida, alia & husna. Daddy xboleh ikut sama sebab kekangan kerja. 
So ummi pergi dengan they olls je start 13.12.2012 hingga 18.12.2012 (6 hari).

..............................................


13.12.2012;

Flight dr LCCT ke Labuan mengambil masa 2jam lebih. 
Setibanya kami kat sana, kami terus naik cab menuju ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Kami beli tiket untuk ke Limbang. Sekarang jam 10.30am...dan tiket feri jam 2.30pm. 
baru sampai di labuan jam 10.00++am





On board..


Disamping tunggu time untuk berlepas dr Labuan ke Limbang, kami jalan2 sekitar labuan. 

Cuaca panas memandangkan epot die kat tepi pantai.
Sempat juga kami cari hotel untuk transit balik ke KL nnti.


Ok selesai book kat Pantai View Htl di Labuan untuk 17.12 nanti..dlm penat2 meronda tu, sengih2 juga korang aeh...


Jam 2.00pm kami berlepas pula ke Limbang. 
Feri dia ala2 feri nak ke Langkawi tu, so xde la rasa dibuai2 ombak sangat kan.
Nie dia kami nak naik feri dahhh....sempat ag pose yeah!
 Ni pula keadaan dalam feri itew...even ummi ni seorang yang penakut dgn pengangkutan air...tp bila dh masuk dalam tu, ummi xseriau mana. Melalui pengamatan, sungai kat sini memang besar, dah mcm laut. Sungainya bercantum2 dengan laut besar...bila feri masuk ke kuala sungai, kita boleh nmpak percantuman air laut n air sungai. Sungguh menakjubkan...Subhanallah!

Sblm jam 5pm kami dah sampai di Dermaga Kastam Limbang. 

Sempat beli kepak bakar n sosej sbb dh lapooo...hehee


Selesai urusan kastam, kami dijemput oleh parents Ramlan untuk ke rumah beliau.
Dari pekan Limbang, kami perlu ke Jetty sebelah untuk tunggu sampan untuk melintas ke sungai sebelah. Kalinie baru betul2 seriau....egghhhh! 
siap ade papan tanda... 
"Awas! sungai ada buaya"
uwarrgghh! setiap sampan untuk ke sebelah boleh memuatkan lebih kurang 6-8 org sahaja. Kalau lebih, takut pula kalau karam tengah sungai sebab lebih muatan. 
ouchh! 
seriaunya ummi time ni. muka atas sampan sampai pucat...
ohh! besar pula sungai nie....


Akhirnya sampai ke darat, selamat dtg ke Kampung Sangkarai, Limbang.
Dari situ, kami kene tggu adik ipar dia dtg jemput. Sampai umah ramlan pon dh maghrib. 
Sempat tengok sunset, depan umah ramlan tu sungai. Boleh juga menghubungkan ke bandar Limbang. mengikut kata ramlan, if malam air sungai akan naik hingga ke bawah rumah sampai ke jalan besar. Sungai ni pula ade penunggu setia taw...enchek buaya! aissshhh...gerun pulakk!
Cantikkan sunset depan umah Ramlan?
Kami juga dijamu dengan rambutan sarawak, durian sarawak, durian otak udang, durian kuning...byk sgt jenis durian kat sana. Tapi rasanya durian bukit made in semenanjung juga yg paling sedap. Mungkin xkene dengan tekak ummi. Durian mereka ada rasa2 mcm durian + cempedak, voley?

Parents Ramlan sgt baik, kami bermalam dirumah beliau untuk hari yang pertama. Esok pula kami akan bermalam 3 hari di pekan limbang. Xselesa juga ummi kalau 4mlm terus menerus dirumah org kan...
Time to rest...betul kata along, penat journey balik sarawak sbb kita perlukan 1 hari untuk sampai ke kpg dgn bertukar2 transport.
Seharian dlm perjalanan... dr KL fly ke Labuan, dr labuan pula naik feri ke Limbang, dr pekan Limbang pula naik bot pancung ke Kg. Sangkarai...sampai di Sangkarai, kene tggu kete sapu pula untuk ke smpai rumah, dan akhirnya sampai di syurga En.Radin. Alhamdulillah...
penat xterasa dek kerana layanan yg sgt baik dr family Ramlan. Kami akan merindui mereka yg merupakan saudara baru kami disana. Insyaallah ade masa dan waktunya kami akan sampai lagi ke sana. 
Insyaallah....

..................................................



14.12.2012


Paginie kami bangun lewat sedikit,

penat semalam masih bersisa.
Lepas bfst, kami turun ke tepi sungai...syukur! masih boleh mengelilingi alam mewah mu. Menikmati segala macam rancah didalamnya.
Even dah jam 9am...still ada kabus, a mean kampung ini masih suci dr sebarang noda manusia. Kampungnya masih belom di terjah dek pembangunan. Bila berada disana, betul kata makcik tika di atas bot pancung smlm....

katanya... "Selamat dtg ke Kg Sangkarai. beginilah rutin kitak...kalau mau ke bandar masih guna bot pancung nie, satu kepala RM1.00 untuk lepas ke pekan. Di KL mesti kamu urang xrasa susah begini kan? kami disini hidup umpama 20tahun mundur kebelakang dr kamu urang".

Bila teringat akan kata2 itu, rasa sedih pula. Bersyukur dengan kehidupan kita disemenanjung. Jauh bezanya kehidupan disini....syukur dengan nikmatmu ya Allah...


Kami leka melayani view di tepi sungai ...disamping itu, kami tidak lupa juga untuk klik2 photo kenangan kami disana :)



Rumah spider 
Teratak Ramlan...insyaallah kami akan dtg lagi  



Tengahari tu kami bergerak untuk ke bandar.

Sampai sana kami terus check in...ptg tu kami round2 di bandar.
tak lupa juga, kami ke Pasar Tamu Limbang untuk beli ole2 untuk dibawa balik.



Ni la die Durian Sarawak, kecik je tp duri die panjang2....




Dengar kata makanan yg femes kat sarawak nie Mee kolok, sedap ke?
Kami terus g kedai makan berhadap dengan sungai...oder la Mee Kolok, urmmm rasanya mcm maggi goreng je, tp mee kolok lg sedap! sambil2 tu layan sunset tepi sungai lg...


.......................................



15.12.2012

:: BRUNEI DARUSSALAM ::

Agenda yg diatur untuk hari ini adalah ke Brunei Darussalam. 

Perjalanan dr Limbang ke Brunei mengambil masa lebih kurang 1jam melalui jalan darat.
Seawal 8.00pagi kami dh tunggu van untuk hantar kami ke Pos Imigresen di Brunei. Sampai kat sana lepas cek kastam bagai, kami pon diambil oleh saudara Ramlan yg duduk kat sana. Brunei adalah negara islam yg aman n mesra. Paling bagusnya apa yg kami perhatikan, rakyatnya sgt disiplin. Kalau kita melintas jalan, they all yg drive even laju mcmana sekali pon, dia org akan berhenti dan bagi laluan kepada pejalan kaki. Sgt beretika! xmacam kita kat sini, kalau nmpak pejalan kaki, lagi die tekan pedel minyak nak rempuh kita...heherrr

Nie ade sedikit pic yg kami snap untuk kenang2an smasa disana :)

Welcome to BUMI HIJAU Brunei Darussalam, kami sdg menunggu saudara ramlan bawa kami pusing2 bandar.
 Jerudong Park

Bersiar2 di Dataran menghadap kampung air Brunei



nun jauh disana...
Masjid berkubah emas

Wif my guide

Singgah tengok kedai sat....versii verangan! haha
Kalau g Brunei org kata kene rasa nasi katok. So nk nerai la juga kita ni pon...umphhh! sdp, sambbal die yg buat marvelous kott...


Posing depan gate Jerudong Park....
xtahan nak gelak bile nama permainan die PUSING LAGI...hehe

di mercu tanda Brunei DS...
amati gold ring itew :)

Suasana jalan di tenggahari...xda sesak mana la kalau time coti, mebi derang suka lg dok ghumah dr jalan2 buang masa kan? bagus...


Monumen 60 dlm bahasa jawi menggambarkan 60tahun keputraan raja beliau :)



.......will continue......






Friday, March 29, 2013

LANGKAWI - Holiday untuk sambut beday En.Zaky & lil'Firraz 20 - 23.03.2013

Holla....

Lastweek on 20 - 23/03/2013 adalah hari dimana ummi dengan rela hatinya membelanja dua orang hero ummi ini g oliday ke Langkawi.
Chopp! 
Seperti yang sedia maklum, ummi mmg selalu plan awal untuk beday dua org putera hati ni, yang buat senang n jimatnya sebab beday date mereka selang sehari saja.
So jimat bg ummi kalau nak buat plan untuk mereka.
Daddy punya beday jatuh pada tarikh 07.03.1983 manakala si tecik yash ni pula lahir pada tarikh 08.03.2010. Makanya mudah bg ummi celeb beday they oll... serentak aje kan.
Jimat kos! hehe....

Last year lg ummi dh plan untuk trip ni.
Ummi pilih Langkawi sebab Daddy suke sangat bercuti ke pantai.
Lagi pon bg ummi Langkawi adalah diantara pulau yg tercantik di Mesia.
Kalau x caya boleh view pic nie....cntikkan?
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melihat panorama yg secantik ini...

(View nie ummi ambil dari puncak Gunung Mat Cinchang)

Kebetulan Family Ibu, Cik Nor n Hanif juga ingin turut serta.
jadilah juga percutian keluarga.
So gooodd! best.....


20.03.2013

(Hari Pertama)

Flite kami jam 7.30am...sampai di LTA Langkawi pd jam 8.30am.
Sampai je sana guide dtg jemput...nama die Abg Bon.
kami dibawa Bfst, lepas bfst kami thru g ke Kilim Geoforest Park.
kami sewa 1 boat, rate untuk hopping 1 trip tu dalam RM460.00.
Firstly, kami dibawa ke Fish Farm..

:: KILIM GEOFOREST PARK ::


So eksaited my baby! Firraz...luv u....daddy too <3


 (Fish Farm, Kilim Geoforest Park)

 Firraz try bg roti kat Shooter Fish.
Fish ni kalau nak dptkan roti atau makanan dr jarak jauh, die akan pancutkan air tepat pada makanan untuk jatuh ke permukaan air. then bile makanan yg di shoot td dh jatuh ke permukaan air, baru die makan. So Amazing! 


Teruskan hopping kita...mohhh! 
tengok pula Gua Buaya! nah seram jek nama...
Lepastu terus ke sungai yg banyak helang...

Eagle feeding pula yea



...............................................


:: GUA KELAWAR ::


Terus ke Gua Kelawar kita....
Abaikan muka ummi yg dah berpeloh pelah....hehe, stayy cutee! 
ferasan japps!



Posing wif my pameli.... 

Sempat posing sebelum turun ke jetty

..............................................



:: CABLE CAR - GUNUNG MAT CINCHANG ::

Dalam pukul 12.30pm selesai Island Hopping di Kilim Geoforest,
lepas lunch kami terus menuju ke Cable Car station untuk naik ke Gunung Mat Cinchang. 
Bila ummi perhatikan, banyak dah perubahan di Langkawi ni, memandangkan last time ummi jejak pada tahun 2008 dulu (hanimun kali ke-2).
Sekarang lagi meriah dr dulu...cantiks!
ummi n ibu sempat abadikan sekeping potret yg cuns, da mcm kat Shanghai kan...hehe
Bunga cina kaler owen tu yg buat lawo bile di potretkan...so kiutt la ibu!


Ticket untuk naik Cable Car sama je macam dulu RM15.00 bg seorang dewasa (Warganegara - jangan lupa tunjukkan IC yew kalau nk dapat tiket half price)
Untuk pelancong still RM30.00 per person.









Ok, 
Selesai kat Oriental Cable Car.
Jommm outt! 
peh ni kita terus g check-in k....
zasssss!


Taraaa!
dah sampai sini....jom kita relaks japs.
Lokasi yg ummi booking untuk beday boy bertempat di Ketumbu Wooden Chalet
@ Malibest Resort, Pantai Cenang
seaview :)



Lobby -.~


Petang tu aktiviti santai di pantai....

membiarkan 2 beranak tu mandi manda
ummi lepak2 smbil melayan hobby capture sana sini
indahnya tika begini
sendiri...
Sambil mengamati suasana sunset di pantai
Malam tu kami keluar dinner di pekan cenang sambil cuci mata sekitar deretan2 kedai yg sememangnya hidup pd waktu malam.
best juga!
Sekembalinya ke chalet, bersiap untuk tidur n take rest...
penat berjalan seharian
Esok awal2 pagi lagi mesti bangun n bersiap. 

...............G O O D   N I T E...............


21.03.2013

(Hari Ke-2)

Trip hari ni dijadualkan akan ke Makam Mahsuri, Kilang Gamat Nusantara, WildLife Park & Pekan Kuah (di Monumen Langkawi)

Trip start jam 9.00pagi.
Bfst & terus menuju ke Makam Mahsuri.
Tiket masuk untuk dewasa hanya RM7.00 (Warganegara).
Duduk depan pameran bergambar di depan pintu masuk, ummi dh mula meremang bulu tengkok...aiyokk! apakah....

:: MAKAM MAHSURI ::




Makam mahsuri





Rumah Sri mawat - Rumah Ibu Bapa Mahsuri




 .................................................


:: BERAS TERBAKAR ::


Dari Makam Mahsuri, 

kami terus ke lokasi Beras Terbakar.




Kawasan berpagar merupakan kawasan simpanan beras untuk org kampung & telah dibakar. Kat sini boleh la kita membeli belah kain-kain n brg2 ubatan disepanjang jalan masuk ke kawasan beras terbakar.

....................................


:: KILANG GAMAT NUSANTARA ::

kat sini semua barang jualan berasaskan Gamat.
ummi sempat juga beli barangan keperluan feminine.
hehe....
minyak gamat akan direneh selama 3 hari 3 malam untuk mendapatkan pure minyak yg mengandungi jelantah gamat. Masa minyak dimasak dgn suhu n kepanasan...kami dibenarkan mencelup tangan ke dalam kawah renehan. Tp yg peliknya even renehan menggelegak, tangan yg kami celup ke dalam renehan minyak tu tidak melecur. Cume rasa suam2 je la...good!



 Ini rupa IBU GAMAT yg telah dikeringkan...



Barangan jualan berasaskan Gamat

............................................



:: WILDLIFE PARK ::


Sekarang kami otw ke Wildlife Park.

nak layan anak teruna tengok binatang2 pula. 
Tiket masuk RM15.00 untuk dewasa yea...
firraz 3 tahun it's FREE! howyeee!!!

Anak manja ummi...peace yoww!!





preety bird!
sgt mesra dgn visitor, burung serindit kot...
ummi pon tatau apa nama birdy ni..hehe


Burung Kakak tua...tp nmpak mude n cantik ...









.........................................


Penat melayan karenah anak2 kat Wildlife park, 
kami melepak kat Dataran Lang...
tgok saje aksi cenonet ni...amboiii die plak yg melebih2...




 Balik tue kami melayan Laksa, Pasembur & Cendol pulut kat tepi Airport.
mmg sedap!
Kalau u'olls jalan sini, jgn lupa drop makan kat sini.
nyummmm....

..........................................


22.03.2013
(Hari Ke-3)


Jam 8.30am abg bon dh standby untuk ambil kami bfst n terus ke jetty untuk trip Island Hopping ke Dayang Bunting Marble, Bird Feeding & Beras Basah Island

Ayohhhh!
Trip ni dengan harga kawan2 die bg kami RM300.00 (per-boat)
Masa kami pergi, suasana cerah n baik.
Firraz dgn xmandi lg kami hanya tukarkan baju n angkat die - dtill tdo mungkin anak ummi kepenatan.


:: PULAU DAYANG BUNTING ::


 Atas boat die pon terbangun...so suwit!
muka xmandi baby boy ummi....




Dayang Bunting - The Legend
U see! 
Nampak mcm org mengandung tengah baring kan??
Iyerps! ceritanya :
Dulu ada seorang puteri bunian kahwin dgn manusia biasa tanpa restu keluarganya.
Tika puteri tu mengandung, family bunian tu telah menyumpah anaknya lalu jadilah die sebuah pulau...
Pulau Dayang Bunting namanya :)











ok bye dayang2 semua....


.........................................


Peh tu terus ke Bird n Eagle Feeding,

tgok helang2 menyambar ikan






.........................................



:: BERAS BASAH ISLAND ::

Last spot,

berhenti di Beras Basah Island.
Air die hijau kebiruan, nampak cantik tanpa di cemari kekotoran.
Mat n minah2 saleh berbikini sana sini.









 





Tepat jam 1pm kami nek boat untuk kembali ke Jetty.

Kebetulan pula hujan lebat.
Atas boat dengan hujan lebat mcm tu...mcm3 dh terbayang kat fikiran. Sgt scary!
baju yg xbasah pon jadi basah lencun,
ohh! takutnya...nasib baby Canon bawa baju hujan.
Kalau tidak abis dia kebasahan dek hujan lebat.
terselamat juga kau...my toy! 

Jam 5.30pm ptg ni ada lah ptg last kami di sini.

Guide bawa kami ke Pekan Kuah,
g Ismail Group, Uptown Kuah & jalan2 sekitar pekan,
cari laksa yg paling sedap...if laksa, rasanya ummi syorkan korang ke pantai kat tepi Airport tue. Ade deret2 org jual laksa tepi jalan...g kedai yg last sekali dekat selekoh. Yang tu mmg marvelous dlm byk2 laksa yg kami pergi kat sini.
cendol die pon best! try la...

Malam tu abiskan menyoping ape2 brg yg nak dibawa balik...ole2, beg, coklat, FM mmg xleh lupa. Mana pon ummi pergi mmg ummi akan beli FM untuk mak, family n kawan rapat di opis khasnya...sbb kami punya hobi yg sama mengumpul Fridge Magnet, hehe...


Pukul 12.00mlm selesai semuanya...

balik Chalet, mandi2....
packing barang2 yg nak bawa balik esok. Nahhh! pergi bawa 3beg je...balik dengan 5 beg! oh no....terpaksa ummi susun betul2 untuk jadikan 3 beg je, 
Alhamdulillah cukup space....


...........................................



23.03.2013 

(Last day)

Pagi nie kami bfst kat Chalet je.
Melayan si teruna ni berlagak mcm org beso...ekekeke!






Tunggu semua siap..
kami bergerak ke Airport, sebelom tue sempat lagi layan laksa Airport.
Flite kami jam 1.55pm tp delay hingga jam 3.00pm dek kerana Aircraft LIMA ade training. Tp ok juga boleh la kami layan LIMA dulu.
Jam 3pm fly - 4pm kami dh smpai LCCT.
Tq buat anak buahku yg sorang tu...Anas Hamdan yg sudi menjemput kami. 
Sampai Meru jam 5.30pm... 
Ptg ni pula ada acara BBQ di taman.
So..abis bercuti dgn my'chenta...that time beramah mesra dgn jiran2 di taman pula.

Ok, selesai sudah coretan2 holiday kami.


Buat hubby n baby, 
semoga dipanjangkan umor n dimurahkan rezeki.
Sama2 kita berdoa supaya kebahagian ini kekal milik kita selamanya.
happy belated birthday!