26.05.2006
Jam 05.40pm maka sahlah aku sebagai isteri pd suamiku
bermulalah lembaran hidup baru sebagai pasangan suami isteri
Awal2 perkahwinan dulu'
kami tinggal di Seksyen 17, Shah Alam berdekatan opisku
Setelah setahun lebih menetap kat situ
aku berpindah ke Meru, Klang hingga sekarang
Banyak peristiwa suka duka kami tempuh bersama
dari awal perkahwinan...hingga sekarang
dugaan n kebahagian silih berganti
Alhamdulillah, kami berjaya melalui fasa 10tahun pertama dialam perkahwinan
Tahun 2008,
selepas 2 tahun kami berumah tangga
aku pernah disahkan mengandung, tapi janin tu x boleh survive lama dlm rahimku
seawal 3-4week, aku misscariage secara semulajadi setelah doc sahkan janin mula mengecut setelah discan...
(aku pon xsedar akan kehadiran janin kecil ini sehinggalah doc mengesahkan melalui ujian imbasan)
xmengapa sayang....
insyaallah mommy mmg redha dengan takdir Allah
apa saja yang dikurniakan buat mommy,
mommy akan redha dh berserah seluhurnya pd rezeki mommy di alam Allah SWT ini.
Dua tahun selepas itu,
Alhamdulillah...firraz lahir kemuka bumi sebagai penyeri mommy dan daddy.
Mommy & d amat bersyukur dengan kehadiran firraz.
Kami memanjatkan syukur yang tak terhingga, Firraz adalah anugerah terindah buat mom n d. Kami besarkan dengan penuh kasih dan syg (ada masa...mom sentap juga sbb notty dia mmg terlajak laris...hahaha)
Kalau bab bergaya,
mmg boleh bagi kat dia...
hehehe....
Sekarang dh 4yr lebih usianya
dia semakin pintar n cerdik
bab membuli mommy pon jatuh ke nombor satu
ini lah dia anakku yang tersayang
"Muhammad Firraz Ridzqy"
8 tahun perkahwinan,
Alhamdulillah mommy bahagia disamping daddy
Daddy adalah suami n ayah terbaik untuk mommy n firraz
Alhamdulillah....syukur dengan cinta dan kasih syg yg daddy curahkan pada kami
tiada yg kurang...
semuanya dia akan lakukan yg terbaik buat firraz n mommy.
Semoga cinta dan syg mommy pd daddy semakin utuh
seutuh tembok batu
yang xboleh dipecahkan
hanya akan terpisah bila ajal akan menjemput
Insyaallah, mommy juga akan lakukan yang terbaik buat kalian berdua
dalam menjaga hal rumahtangga kita...Insyaallah...amin
Happy Anniversary ke 8 syg !!!!!!