Click !

Saturday, June 28, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...rindu abah!!!!


Salam Sabtu darlingsss...
sekarang masih kat ofis, 
sambil update & remarks cuti staff yang xsiap malam td...
sambil membelog kejaps aekk...

Sedar xsedar..
esok dah nak masuk bulan Ramadhan
Malam ni dah start solat terawih
Petang ni kang lepas balik keje,
nak balik kampung daddy
Daddy nak g bersihkan kubur abah sebelum masuk puasa esok hari.

Bila masuk Ramadhan kali ni...
buatku terkesan, ade kesunyian dlm hati
last year time raya, aku raya Sg Apong,
so xde pon gambar2 raya dengan arwah abah
terkilan rasanya...


Last two years...
tahun 2012 je ade pic raya ngan dia.
tapi masatu pn dia dah xberapa sihat sangat.
Ni pic last raya yg sempat kami shoot sama2.


Rasa macam semalam baru dia pergi meninggalkan kami semua
rupa2nya dh nak masuk 8bulan dia dh xde ngan kami
teringat saat2 last dia nak pergi
Ahad tu kami semua adik beradik balik,
tengok abah kat hospital
Masatu dia lemah, asik tidur je...
tapi nampak badan dia semua membengkak
mungkin sistem badan dia pn dh tak function...
seboleh2nya kami beri layanan yg terbaik untuk abah
tp dah lama juga dia dh xboleh bercakap
dekat 2 bulan dh dia senyap jek..
semenjak abah kene stroke sblah kanan badan
abah dah xboleh telan makanan 
lepastu doc masukkan tuib untuk dia minum susu je sbgai makanan utama
sejak tu abah xboleh bercakap
lidah pon nampaknya dah keras sbb lama xbercakap
mebi stroke tu kene bahagian mulut sekali 
masa awal2 kene stroke tu,
abah kat hospital teluk intan...masatu belum potong kaki kirinya lg 
kesian kat abah
aku xleh nak coret banyak2 tentang abah
air mata seolah2 sukar di seka..
jd aku berhenti cerita tentangnya setakat ni dulu

InsyaAllah kalau ada kekuatan
lain kali boleh sembang tentang arwah

Apa yang pasti
aku amat rindukan dia
ku mohon agar dia muncul dlm mimpi2 aku

Ramadhan ni...
semoga abah tenang di alam sana
kami selalu merindui abah
kami akan selalu kirimkan hadiah2 istimewa untuk abah
doa dan yasin sentiasa untuk abah
abah tetap dihati kami....
Insyaallah :'(



Monday, June 16, 2014

Happy Father's Day - Daddy & Abah 15 June 2014





Salam penuh barakah
Salam isnin kawan2 ku sekalian

Semalam merupakan Hari Bapa erkkk
memula aku xperasan dengan date ini
terlepas pandang....barangkali...
kesian suami...sorry darlingggsss...
tengok fB, penuh bertepek org wish ttg tu..

ok, nak wish jugaks...




Aku ucapkan Happy fathers day buat dia,
dia lah suami n daddy yang baik, 
selalu melayan apa saja karenah kami anak beranak, 
memberi bahagia buat kami...
xpernah lokek bab itu dan ini. 
Alhamdulillah....dia jodohku, 
semoga jodoh ini membawa ke jannah...amin :)
Semoga aku gagah melayan dia sebagai suamiku didunia dan akhirat 




Untuk Abah,
terima kasih kerana membesarkan kami dengan ilmu agama yang cukup. 
Dia adalah abah terhebat untuk aku dan adik beradikku.
Dia adalah ibu bapa yg berjaya mendidik kami menjadi org yg berguna, berkerjaya hingga kini, bila di ingat kembali zaman sukarnya kehidupan di alam kanak2 dulu.
kami bukan macam keluarga lain yg hidup senang lenang, 
hanya menuding jadi untuk meminta itu dan ini.
kami dilahirkan dlm keluarga yg sederhana saja...
tp abah akan melunaskan segala apa saja ttg pembelajaran kami adik beradik.
Alhamdulillah, 
kesusahan dulu terbayar, 
wlpn hakikatnya abah amat garang dulunya, 
tetapi tidak akan sifatnya kini...
Syukur, aku dikurniakan sebuah keluarga yg akrab,
saling sayang menyayangi atas ukhwah kekeluargaan.
Amin...berat sama dipikul, 
ringan sama dijinjing...itu lah yg sesuai untuk anak2 mak n abah,
semoga hubungan n kemesraan kami utuh sampai ke syurga :)






Buat kedua abang ku &
adikku yg sudah bergelar bapa...
Selamat hari bapa untuk kalian
semoga berjaya menjadi bapa contoh untuk anak2mu dan anak buahmu juga,
untuk cik lan n cik fizie, 
insyaallah nanti sama2 merasa untuk memikul tanggungjawab menjadi seorang bapa.
masatu akan rasa, apa yg abah kita rasa masa membesarkan kita dulu, insyaallah kalian amat hebat, semoga dapat merentasi fasa itu dengan jayanya ! 



Ok, sambung pasal semalam,

masih belum panic time tu..
oleh kerana xnak keluar kemana2 hari ni
aku cadang nak masak apa yg hubby suka
dia minta, ketam masak lomak cili api...
ok, itu aje yg dia minta...
so aku masak dengan kasih dan syg..
agar rasanya juga marvelous gitu, aehhh...

lauk pauk sgt simple...
Ketam masak lemak cili api,
ikan kembung goreng,
tempe goreng,
tak lupa juga ulam petai 
(mana entah dia beli...besar2 mata gajah..hehe)
sila menjamu mata...
Crab lomak itu sungguh sedap.....okess!


usai makan...
firraz layan utube xhabis2
mommy n d dok melayan tv lah
jam 4pm lebih,
teringat nak buat Bread Pudding
iskkk...mcm sedap jek,
g dapur...bersilat bagai...
pukul 6pm siap dibakar n sedia dimakan


taraaaa !!!
tu dia....bread pudding with castard source
dd susah cikit nak makan mende2 gini
tp nmpak mcm dia suke pula bende ni bila dia tambah 3 slice
ok la kot...
maklumla tekak jawa...
bukan semua dia boleh masuk kan?
ehehehe....

nak buat pudding ni mudah jek, 
meh nak bagi resipi dia :-

Bahan A
Roti 10 keping
Susu segar 2 cawan

Bahan B
Gula 4 sudu
Telur 2 Bji
Mentega 2 Sudu
Tepung Jagung 1 Sudu
Esen Vanilla 1 Sudu Kecil
Kismis secukupnya

Bahan Sos Kastard
Susu 1 Cawan
Gula 4 sudu
Esen Vanilla 1 Sudu Kecil
Tepung Kastad 2 Sudu



Mudah je kan...ok selamat mencuba!!!


Saturday, June 14, 2014

Selamat Pengantin Baru Buat Adikku - Cik Ani & Cik Lan


6.6.2014...
Petang itu, jam 5.20pm...dengan sekali lafaz dia sah bergelar isteri. Alhamdulillah...amin...selesai semuanya...



cikani n cik lan nmpak tenang ptg tu...
yang kesiannya...
time nak nak kawin la pengantin lelaki demam sejak dua minggu lepas. 
Kasihan...

Aku ikut temankan cik ani n cik lan shoot nikah kat pantai belakang.
mereka masih malu2..
disamping photographer deme amik gambo...
aku tumpang sekaki dua...ikut shoot sama, hehe

ni antara pic yg dpt aku click2...
yg lain ade, tp blm sempat nak edit bagai hehe









Siap shoot sblm maghrib,
mlm pula dh start ade sedara mara dan org lain dtg kenduri awal sebab biasalah kalau musim2 cuti sekolah macam ni, biasanya derang banyak jemputan pada hari yang sama. Jadi mereka datang kenduri lebih awal...pd malam hari sebelum majlis. Ini perkara biasa kat kampung kami.

Sambil tu...derang ni layan karaoke 
tahu aje lah kalau perangai adik beradikku tu
semuanya otak menjadi satu
selang seli xkira along, angah, epoi...adik semuanya tunjuk skill
yang x tayang skill En.zaky sorang je, malu kali...hahaha

Ok, 
sambung pula esok pagi...mata dh mengantuk tahap gaban..
kami tidur jam 3.30pagi
mak abah pon turut melayan anaknya karaoke
jiran2 ku sekalian, mohon tutup telinga...berdesing je lagu2 mengilai mlm2 buta dengar anak2 pak amid layan mic pagi2 ni haa...



7.6.2014
Seawal pagi lagi,
kami bertiga aku, mak long n farah masak untuk sajian makan beradap.
menu utama, ayam blackpaper, ikan bawal masak 3 rasa, sayur2an campur-tumis, pajeri nenas dan daging masak hitam.
Dari pagi lg memang xsempat nak makan atau melayan tetamu. Kami sebok beraksi kat dapor je...
Aku tengok mak dan abah keluar masuk bawak duit menyumbang dlm 15 minit sekali dia masuk dalam bilik untuk simpan, kesian...sebab aku xsempat nak dtg kutip kat depan. Adik beradik yang lain sibuk melayan org dtg...
hubby pon duduk sekali kat abah menjempot org masuk
mebi abah malas nak minta tlg hubby bawa masuk 
so lg selesa dia je yg pergi sendiri
kesian kat abah, sbb kakinya xok sgt...
kdg2 bengkak dan sakit sbb gout tu
so dia xboleh byk berjalan sgt, takut letih...

Jam 12.30 t/hari pengantin bersanding
mempelai dua hati sejoli tu pon diarak ke pelamin
cik ani ambik tema cinderela...
so pelamin pon ala2 kereta labu
cantik...klasik!





 




Ok, majlis selesai keseluruhannya jam 4-5pm
lepas dr tu kami duduk makan2 melepak bawah khemah adik beradik dan mak abah melayan lenguh kaki
ani n cik lan dh keluar g outdoor shoot kat tepi pantai
kami lepak2 menyembang lagi smpai jam 6 lebih
habis menyembang, sessi mengemas pula bermula
dah lepas mengemas...solat maghrib dan sessi makan 
mlm ni adikku yg sorang tu yang masak
si epoi n along masak
kami menyiapkan dapur mak
selesai jam 10pm
lepas tu masa bersenang lenang melayan tv
selesai lah majlis sebelah kami..
esok majlis bertandang pula..

Semoga ikatan rumahtangga kalian dirahmati dan diberkati dunia dan akhirat...
amin Ya rabb...