Click !

Saturday, April 30, 2011

>.< L0ve wh0le family



Harinie dh sabtu
mggu depan boleh jalan2 dgn anak tersayang & suami tercinta
sambut Anniversary kami yg ke-5
even honeymoon date xsama ngan real date
tp still untuk honeymoon
This year,
5th anniversary jatuh pada hari Khamis (26 May 2011)
Kami percepatkan tarikh ini sebab nak sama dgn Mother's day
kami akan bawa mak dan abah sekali untuk kali ini.

Akhir-akhir ini
weekend je sebok manjang
ade je bende nak buat
balik kampung sebab FIL xberapa sihat
so, 
org tua adalah yg pertama buat kami
ape2 agenda akan terbatal untuk memenuhi weekend bersama mereka
aku ingin mereka gembira
tanpa melupakannya walaupun sesaat
Kasih & sayang ku untuk mereka tiada tandingan
Aku buat ini semua untuk mengasuh anak2ku supaya tidak mudah melupakan diriku & suami tika usia tuaku
mudah2an apa yg ku praktikkan kini bisa mengajar anak2 sopan & patuh pada kami
menyayangi kami seperti kami menyayanginya
mudah2an

Kasih sayang & kecintaan yg kami  terapkan dlm sehari-harian sudah
membawa ke angka 5
dan kami berjaya dalam megharungi liku2 kehidupan sebagai suami isteri

Aku bangga kerna punya suami yg amat memahami diriku

Aku jua bangga punya anak yg amat pintar dan petah 
yang paling amat kubangga,
aku punyai family 
(abah dan mak yg amat menyayangi anak2, aku amat bahagia dikurniakan mereka as family member's) 
dan family mertua yg baik budi & tutur peri
mudah untuk kami anak beranak meluah rasa
dan aku jua tidak menganggap ibu & bapa mertuaku sebagai MERTUA,
walhal aku menganggapnya jua serupa dengan ibu bapaku sendiri.
Jadi...
inilah sumber kebahagian aku & suami,
bahagianya tak terkata
umpama menyulam tikar dengan kain emas
dr cikit2 dan lama-kelamaan menjadi sebidang tikar emas yg sgt menarik dipandang
begitulah cantiknya sebuah ikatan kekeluargaan
semoga hubungan kekeluargaan ini akan bertambah erat hendaknya
amin...








No comments: