Click !

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432h

15 February 2011


Selamat menyambut hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagai orang islam memang wajar kita menyambut hari kelahiran putera kesayangan kita Baginda Rasulullah s.a.w

Ingatlah....
Tanpa BAGINDA, siapalah kita. Kenanglah jasa beliau & hadiahkan lah Al-Fatihah & selawat ke atas junjungan besar Nasi Muhammad s.a.w semoga diberkati di dunia jua diakhirat.
Wallahu'alam



Kelebihan Nabi Muhammad.

Berkata Rasulullah yang ertinya :


"Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorag pun daripada para nabi sebelum ku diberikan" :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.

2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci . Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.

3. Dihalalkan harta rampasan perang bagi ku dan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.



RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam

Lapisan 2 : Nabi Isa dan Yahya

Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.




WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI


Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..



Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi 
AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.




Yakinilah bahawa Allah itu benar, 
RasulNya juga benar, 
Syurga dan Neraka juga benar,
Jika mempercayainya maka mengapa TINDAKAN masih seolah-olah meraguinya? 
Semua mahukan syurga tetapi adakah tindakan kita mengarahkan kita ke syurga?
Renung²kan & Selamat Beramal





.....Salam Maulidur Rasul buat blog reader semua.....

No comments: