Click !

Tuesday, May 31, 2011

Nora Elena


Bile pagi jek....xsabar nak tunggu petang. 
Walhal baru je sampai opis kn
ni semua gara2 layan Drama "Nora Elena" tu la....
adehhhhh!

so Addicted!!!!!!!

meruntun jiwa layan drama nie
aku rasa semua org yg layan p0n xkan ketinggalan neok slot ni kan
dh jadi macam aku jugak
asal kol 7-8pm xmo ade sapa2 kacau
tp firraz selalu kacau ami nk layan ini cerita
jeles lau org neok tv xkedip2
die lak wat onar...
tarik2 rambut kita, 
duduk atas badan kita henyak2 peru bagaiii
adussss!!
saja taw, jeal0us! hahaaaa.......
yg semalam punya episode bikin hati terusik
kesian Seth, 
napa nora xmau amik je credit card seth tu wt shopping
"nora adalah tanggungjawab abang"
aduhhh, parah hati wanita dgn si seth nie.....
nora saje tawar mahal....kesian seth!
dh la ensem pulak tue....
lau aku jd nora, aku amik jek CC tue wat lah ape yg patut
leh borong beg, kasut, mekuppp!
haahhh! silap2 shoping mall aku beli...wkaka!




nie novel die,
nanti nak carik, nak layan....
lau beli online kat karangkraf siap bg discount lg...hoiyee!
sinopsis:
KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.
Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci.














Saturday, May 28, 2011

Acti0n



Suasana tgahari ni kurang baik
hujan renyai2
lama2 jd lebat & kilat sabung menyabung...
ermmmmm...
ni pic snapshoot harinie, 
apasal mendung je muke hah?


harinie kami xbalik kpg..
esok ade kenduri kat Port Klang
petangnie ade launching proton untuk model terbarunya FL 1.6L
so, saje2 je daddy ajak neok launch tu kt Jusco Bukit Raja
(ade discount hebat untuk booking & makan2 taw!)


Bosannya...
lalu aku bersnapshoot lg....hi2

rasa2 mcm nak ayu'kn diri...ngeeeee :d


ni plak ala2 bubble....
konon mcm piun2 beterbangan
bila dh buhsan, 
semua leh jadi
gedik2 dpan laptop,
 snap pic sendiri...hehe

ni ade lg

ni aksi Solerooo! sedapp....grrrrhhhh


ni pula twin........



macam-macam


sehingga ketemu! adios.....


Saturday, May 21, 2011

Holiday merangkap anniversary kami yg ke-5


Mood ku harini2 : RINDU NAK MENAIP!

sebagaimana ayat kat atas tuh
mmg rasa mcm over jea nak menaip...hehe

dah lama xmenaip panjang
meninggalkan dunia blog nie rupanya mmg payah
kerinduan sentiasa memuncak
hahaha...

tadaaaaaaaaaa!!! dimulakan dengan pic ini;

alaaa...napa firraz muke cenggini hah?
neok apa tu syg??

Ok, 
2minggu menghilangkan diri, kini ku kembali
Alhamdulillah semuanya ok
Tibe di Airport Kota Kinabalu jam 2 pm...
terus kami makan di tanjung aru beach
lepak2 tepi pantai
angin sepoi2 bahasa
giler lawoo pantai die...membiru!!!
disajikan dgn makanan yg terkenal di Sabah
'Kepak Ayam Madu'
sedappppp!!!
Malam hari pula berjalan ke 1 Borneo...
sessi membeli belah
harga disana lg mahal berbanding harga barangan di Semenanjung
Tp keramahan penduduk memikat hati kami 

Keesokan paginya aku terlambat bangun untuk solat subuh
sudah menjadi kebiasaan bile cuti
solat p0n pada 6.30 - 6.45am (alarm)
tibe disana, cuaca & jam pon dh berubah
seawal pukul 5.30am dh cerah mcm 7.30am semenanjung
hahahaaa.....


2nd day - Kundasang & Poring Hot Spring, Ranau
seawal pukul 9.00pg...
kami bersiap untuk memulakan perjalanan ke Kundasang
di pertengahan jalan, terlihat akan keindahan alam...
Allahuakbar
melalui kawasan yg berbukit bukau dgn panorama yg jarang ku temui
merintih hati
sambil terkumat kamit melafazkan kalimah Subhanallah
Agungnya ciptaan yg Esa
melihat akan keindahan si pencipta
kegirangan menerpa segenap pemikiran
lalu  air mata bagai mahu melimpahi dasar pipi

Allah maha besar
menciptakan keindahan yg tiada tandingan
suasana sejuk menyapa tubuh setibanya kami di Nabalu 
(berdekatan dgn gunung kinabalu)
kami berhenti seketika di Pekan Nabalu untuk melihat & membeli hasil kraf tangan sabahan, sessi mengalas perut juga di situ
banyak anjing di sekitar kedai makan
rasa takut2 untuk makan kerana rata2 kawasan intu dikelilingi anjing belaan
tapi, kedai dipunyai oleh pemilik yg berbangsa & seagama dengan kita
entahlah...
lepas selesai makan, kami bertolak meneruskan perjalanan
ade lg setengah jam untuk sampai ke tempat beraduan kami malam ini
di 
Strawberry Farm Bungal0w

ok, dh sampai...lepas letak barang2 kami di bungalow
kami meneruskan perjalanan ke Poring HotSpring, Ranau



syokk! sebelum naik ke Hotspring, kita akan melalui jambatan Sg Mamut
yg dibawahnya terdapat aluran air terjun 
nyamannya!
dh puas merendam badan di Kolam Air Panas, kita bergegas pulang balik ke Kundasang
untuk persiapan BBQ pada sebelah malamnya

semakin malam semakin sejuk di Kundasang
lokasi berdekatan kaki gunung kinabalu...sejuknya menyengat hingga ke urat saraf & tulang temulang.....grrrrhhhhh...

Keesokannya kami ke New Zealand dairy farm
nak naik sampai kekawasan nih mmg menguji kekuatan enjin pacuan kami
mendaki secara mendongak....mmg cerun!
setibanya di farm, pintu utama ditutup oleh pemilik pada hari itu
dan kami hanya sempat bergambaran di luar kawasan.
Tempat ni juga membuatkan kami teruja
satu kawasan ternakan yg terbentang luas dgn kehijauan rerumput bukit seperti carpet & diselangi dengan tumbuhan batu2 gunung
kawasan terletak betul2 dibawah kaki gunung kinabalu
bila kami keluar dr kereta
terhoyong hayang berjalan keluar menuju ke pagar untuk berpaut
angin di kawasan itu sgt kuat 
ditiupnya badan kami ke kanan & ke kiri mengikut alunan angin 
sgt teruja ok!

Selepas selesai sessi shooting & berposing
kami turun & ke Kundasang War Memorial
Banyak pokok bunga cantik2 yg tumbuh di kawasan sejuk
hidupnya membugar n kelihatan amat cantik sekali
setiap phase di tumbuhi bunga-bungaan & terdapatnya memorial & ceritanya tersendiri
mataku terpaku pada satu ayat
lalu aku tersenyum sinis sambil memanggil adikku supaya turut membaca ayat tersebut
rupanya, itu adalah rintihan si rumput yg tidak mahu dirinya dipijak
kasihan kau rumput & aku terpaksa memijak sisimu kerana mahu mengambil gambar adikku yg seorang itu, maaf!!!

Setelah puas kami berjalan di memorial
kami turun lunch di satu lot kedai
dr dalam kedai...boleh menampakkan permandangan yg sgt menarik
permandangan yg nun jauh disebelah terletaknya gunung kinabalu yg gah meninggi 
panorama yg menarik

sukar di gambarkan
Subhanallah!!!!!

Kami meneruskan perjalanan lagi ke Kinabalu Pine Resort
suasana sejuk ditengahari menggigit tulang
ermmmm!
bestnyaaaa.....byk bunga2an renak hidup menjadi deco di resort tersebut
suasana romantis, sesuai buat kami yg dalam mood honeymoon


4rd day....
trip kami ke Manukan Island
menyiapkan pakaian  anak dn suami untuk menyelam
tapi aku xbawa sebarang baju spare untuk mandi kerana aku mmg xrancang untuk menyelam

ini die Jesselt0n Point Jetty untuk ke Island,

sampai di jetty, book ticket untuk speedboat
hubby p0n sebok nak men-jetski'kan diri

kami pon sampai di Manukan Island
nie die, panorama alam yg membuatkan aku menggigil nak terjun pantaiii

& akhirnya aku terjebak, lalu terjun kerana tak dapat menahan perasaan & keinginanku walhal sebelum ini aku tidak ingin untuk menjejakkan kaki ke air p0n!
nasib juga memihak pada ku
sepanjang sampai disana
firraz nyenyak tidur, jadi....aku p0n boleh berenang dengan tiadanya gangguan si kecil
agak teruja beramah mesra & bersalaman dengan ikan
tapi awas!
ade masa die akan gigit tangan kita
B E W A R E!!!
org yg xmau turun, tibe2 die la paling lama berendam...hahahaa

seronok!
nextime insyaAllah ingin kesini lagi
pasir yg memutih,
pantai yg membiru tanpa sebarang pencemaran

5th day;
harinie seperti dlm guide schedule
mereka mahu membawa kami makan makanan laut di restaurant paling famous di Tuaran
iaitu di Gayang Seafood restaurant untuk celebrate 5th Anniversary, 
Karambunai & Pasar Philipines
suasana di gayang mmg best
restaurant diatas air
sambil menikmati hutan bakau & persisir karambunai 
tempat yg menarik!

sebenarnya hubby xtahu ade cake 
ini kutempah & kurancang bersama adik & adik iparku untuk bg surprise
setelah di buka ikatan & kotak cake
die tergamam sebentar
berulang kali ucapan terima kasih muncul dr mulutnya untukku
aku tersenyum gembira
& ini untukmu kekasihku




to be continued!

T I R E D


Rasanya dh dekat 2minggu xdrop story morie kt blog ni kn
Kerinduan nak mencoret mengusik jiwa (haha...)
Dua minggu yg memenatkan...
dari sebelum pergi bercuti & setelah kembali bertugas
Arghh! penatnya





Thursday, May 05, 2011

B.U.S.Y

Lokasi : Snow Wash Meru
Harinie sgt buzy...buzy menyiapkan kerja yg nk ditinggalkan selama 1week lbih kurang. Sebelum cuti aku akan pastikan xde kerja yg tertunggak. So, kene rush dr 8.30am - 5.30pm untk setle segala macam kerja. Akhirnya, ciap pd pkl 5.40pm...alhhamdulillah.
Esok pg2 nak kene balik kpg ambik mak n abah sorang2 tanpa syg sbb sabtu dh nak fly. sblm tu kene ambil fil n mil di port klang untuk bawa balik ke kpg. firraz kene tggl ngan ibu sbb ummi xblh drive bawa firraz seorang diri. Kompem die akan main gear bile neok aku hayun batang gear tu kn? Ermm xmau la mcm tu kang kekok nak bawa kete kene berhenti byk kali tepi jalan sbb nak layan karenah die. Untuk smoothkn perjalanan, better ummi tinggalkan adik kt umah ibu. Petang kang ummi ambil adik ok.
Dalam sibuk2 menaip, kete pon dh siap dibasuh. Ok...d0ne! Bye...

Tuesday, May 03, 2011

Putus Kasih


Ermmm
esok last day bersama si hijau
sedihnya...
si hijau dh tukar owner, 
dah lama die berkhidmat dgn aku
dia la yg bawa aku pergi dan pulang kerja dengan jayanya
die juga yg akan bawa kami balik kampung menziarahi ibu bapa & mertuaku 
atau jalan2 tika si grey sakit & ditahan masuk ke bengkel
sedihnya!
Aku yg amat terasa akan kehilangannya sebab aku adalah tuannya
Dia bersamaku selama 9 tahun 
aku menjadi tuan yg mutlak kepadanya selama 4 tahun 
selepas hubby menduakannya dgn si grey
Hijau adalah tunggangan yg baik & xpernah sesekali die meragam tanpa sebab
die pernah meragam pada awal bulan Mac yg lalu kerana hubby ade berura2 
untuk mejual si hijau
Tapi sbb aku amat sayangkan hijau
Hubby xjadi untuk menjual hijau
Lagi p0n, 
hijau amat tahan lasak & aku suke bersama si hijau walaup0n die punya 2 kepak sahaja
Dua kepak yg amat berbaloi & die jua lah yg membawa ku 
ke kanan, ke kiri, ke depan dan ke belakang
Si hijau jua tahan akan kehausan
cukup ku upah hijau dengan sekali top-up,
satu tank penuh aku berulang-alik ketempat kerja untuk jangkamasa seminggu. 

....Sedih....
Kemungkinan sekarang aku sedang gila talak
hijau amat bermakna buatku
Aku selalu pr0tes dgn tindakan hubby kerana menjual si hijau
Hubby selalu kata padaku
bukan niat hati nak menjual atau xsuka akan si hijau
Tapi...
 dia buat keputusan ini untuk aku juga
Dia akan tukarkannya pada yg lain untuk hadiah anniversary kami yg ke-5 
dia minta agar aku menyayangi pengganti si hijau macam aku sayangkan si hijau juga
Betul juga apa kata hubby
Bile kami pergi kerja
Kami akan gunakan 1 sahaja diantara mereka
So, roadtax & insurans p0n hari2 running 
tp kami xmenggunakan khimatnya
Hubby pula kerja menggunakan transp0rt company & hanya seminggu 
sekali je mereka betul2 berjasa pada  kami.
Jadi, tolak satu & ambil satu lg dh memadai daripada 3 biji jd tukun depan rumah.
OK!
aku accept kata2 die.
Tapi aku xkan lupakan jasa baik si hijau padaku, 
die mmg sgt ku sayang

Buat Hijau,
Aku amat berterima kasih padamu
jasamu akan ku kenang sampai hujung nyawa
Hijau...
berbakti lah pada abg iparku dgn baik
tunjukkan lah yg kau betul2 berp0tensi pada pemilik barumu itu
Aku bukan tuanmu kini
Bile ade masa, 
kita balik kampung & berjumpa disana
aku akan cube untuk minta izin bermesra denganmu untuk menghilangkan tahap rinduku padamu




Note : Puas ku cari p0tret si hijau, malangnya tiada dalam simpanan. untuk entry ini ku xdapat titipkan potretmu. 
Maaf hijau, mungkin nextime.......