Bile pagi jek....xsabar nak tunggu petang.
Walhal baru je sampai opis kn
ni semua gara2 layan Drama "Nora Elena" tu la....
adehhhhh!
so Addicted!!!!!!!
meruntun jiwa layan drama nie
aku rasa semua org yg layan p0n xkan ketinggalan neok slot ni kan
dh jadi macam aku jugak
asal kol 7-8pm xmo ade sapa2 kacau
tp firraz selalu kacau ami nk layan ini cerita
jeles lau org neok tv xkedip2
die lak wat onar...
tarik2 rambut kita,
duduk atas badan kita henyak2 peru bagaiii
adussss!!
saja taw, jeal0us! hahaaaa.......
yg semalam punya episode bikin hati terusik
kesian Seth,
napa nora xmau amik je credit card seth tu wt shopping
"nora adalah tanggungjawab abang"
aduhhh, parah hati wanita dgn si seth nie.....
nora saje tawar mahal....kesian seth!
dh la ensem pulak tue....
lau aku jd nora, aku amik jek CC tue wat lah ape yg patut
leh borong beg, kasut, mekuppp!
haahhh! silap2 shoping mall aku beli...wkaka!
nie novel die,
nanti nak carik, nak layan....
lau beli online kat karangkraf siap bg discount lg...hoiyee!
sinopsis:
KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.
Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci.
No comments:
Post a Comment