Click !

Saturday, May 21, 2011

Holiday merangkap anniversary kami yg ke-5


Mood ku harini2 : RINDU NAK MENAIP!

sebagaimana ayat kat atas tuh
mmg rasa mcm over jea nak menaip...hehe

dah lama xmenaip panjang
meninggalkan dunia blog nie rupanya mmg payah
kerinduan sentiasa memuncak
hahaha...

tadaaaaaaaaaa!!! dimulakan dengan pic ini;

alaaa...napa firraz muke cenggini hah?
neok apa tu syg??

Ok, 
2minggu menghilangkan diri, kini ku kembali
Alhamdulillah semuanya ok
Tibe di Airport Kota Kinabalu jam 2 pm...
terus kami makan di tanjung aru beach
lepak2 tepi pantai
angin sepoi2 bahasa
giler lawoo pantai die...membiru!!!
disajikan dgn makanan yg terkenal di Sabah
'Kepak Ayam Madu'
sedappppp!!!
Malam hari pula berjalan ke 1 Borneo...
sessi membeli belah
harga disana lg mahal berbanding harga barangan di Semenanjung
Tp keramahan penduduk memikat hati kami 

Keesokan paginya aku terlambat bangun untuk solat subuh
sudah menjadi kebiasaan bile cuti
solat p0n pada 6.30 - 6.45am (alarm)
tibe disana, cuaca & jam pon dh berubah
seawal pukul 5.30am dh cerah mcm 7.30am semenanjung
hahahaaa.....


2nd day - Kundasang & Poring Hot Spring, Ranau
seawal pukul 9.00pg...
kami bersiap untuk memulakan perjalanan ke Kundasang
di pertengahan jalan, terlihat akan keindahan alam...
Allahuakbar
melalui kawasan yg berbukit bukau dgn panorama yg jarang ku temui
merintih hati
sambil terkumat kamit melafazkan kalimah Subhanallah
Agungnya ciptaan yg Esa
melihat akan keindahan si pencipta
kegirangan menerpa segenap pemikiran
lalu  air mata bagai mahu melimpahi dasar pipi

Allah maha besar
menciptakan keindahan yg tiada tandingan
suasana sejuk menyapa tubuh setibanya kami di Nabalu 
(berdekatan dgn gunung kinabalu)
kami berhenti seketika di Pekan Nabalu untuk melihat & membeli hasil kraf tangan sabahan, sessi mengalas perut juga di situ
banyak anjing di sekitar kedai makan
rasa takut2 untuk makan kerana rata2 kawasan intu dikelilingi anjing belaan
tapi, kedai dipunyai oleh pemilik yg berbangsa & seagama dengan kita
entahlah...
lepas selesai makan, kami bertolak meneruskan perjalanan
ade lg setengah jam untuk sampai ke tempat beraduan kami malam ini
di 
Strawberry Farm Bungal0w

ok, dh sampai...lepas letak barang2 kami di bungalow
kami meneruskan perjalanan ke Poring HotSpring, Ranau



syokk! sebelum naik ke Hotspring, kita akan melalui jambatan Sg Mamut
yg dibawahnya terdapat aluran air terjun 
nyamannya!
dh puas merendam badan di Kolam Air Panas, kita bergegas pulang balik ke Kundasang
untuk persiapan BBQ pada sebelah malamnya

semakin malam semakin sejuk di Kundasang
lokasi berdekatan kaki gunung kinabalu...sejuknya menyengat hingga ke urat saraf & tulang temulang.....grrrrhhhhh...

Keesokannya kami ke New Zealand dairy farm
nak naik sampai kekawasan nih mmg menguji kekuatan enjin pacuan kami
mendaki secara mendongak....mmg cerun!
setibanya di farm, pintu utama ditutup oleh pemilik pada hari itu
dan kami hanya sempat bergambaran di luar kawasan.
Tempat ni juga membuatkan kami teruja
satu kawasan ternakan yg terbentang luas dgn kehijauan rerumput bukit seperti carpet & diselangi dengan tumbuhan batu2 gunung
kawasan terletak betul2 dibawah kaki gunung kinabalu
bila kami keluar dr kereta
terhoyong hayang berjalan keluar menuju ke pagar untuk berpaut
angin di kawasan itu sgt kuat 
ditiupnya badan kami ke kanan & ke kiri mengikut alunan angin 
sgt teruja ok!

Selepas selesai sessi shooting & berposing
kami turun & ke Kundasang War Memorial
Banyak pokok bunga cantik2 yg tumbuh di kawasan sejuk
hidupnya membugar n kelihatan amat cantik sekali
setiap phase di tumbuhi bunga-bungaan & terdapatnya memorial & ceritanya tersendiri
mataku terpaku pada satu ayat
lalu aku tersenyum sinis sambil memanggil adikku supaya turut membaca ayat tersebut
rupanya, itu adalah rintihan si rumput yg tidak mahu dirinya dipijak
kasihan kau rumput & aku terpaksa memijak sisimu kerana mahu mengambil gambar adikku yg seorang itu, maaf!!!

Setelah puas kami berjalan di memorial
kami turun lunch di satu lot kedai
dr dalam kedai...boleh menampakkan permandangan yg sgt menarik
permandangan yg nun jauh disebelah terletaknya gunung kinabalu yg gah meninggi 
panorama yg menarik

sukar di gambarkan
Subhanallah!!!!!

Kami meneruskan perjalanan lagi ke Kinabalu Pine Resort
suasana sejuk ditengahari menggigit tulang
ermmmm!
bestnyaaaa.....byk bunga2an renak hidup menjadi deco di resort tersebut
suasana romantis, sesuai buat kami yg dalam mood honeymoon


4rd day....
trip kami ke Manukan Island
menyiapkan pakaian  anak dn suami untuk menyelam
tapi aku xbawa sebarang baju spare untuk mandi kerana aku mmg xrancang untuk menyelam

ini die Jesselt0n Point Jetty untuk ke Island,

sampai di jetty, book ticket untuk speedboat
hubby p0n sebok nak men-jetski'kan diri

kami pon sampai di Manukan Island
nie die, panorama alam yg membuatkan aku menggigil nak terjun pantaiii

& akhirnya aku terjebak, lalu terjun kerana tak dapat menahan perasaan & keinginanku walhal sebelum ini aku tidak ingin untuk menjejakkan kaki ke air p0n!
nasib juga memihak pada ku
sepanjang sampai disana
firraz nyenyak tidur, jadi....aku p0n boleh berenang dengan tiadanya gangguan si kecil
agak teruja beramah mesra & bersalaman dengan ikan
tapi awas!
ade masa die akan gigit tangan kita
B E W A R E!!!
org yg xmau turun, tibe2 die la paling lama berendam...hahahaa

seronok!
nextime insyaAllah ingin kesini lagi
pasir yg memutih,
pantai yg membiru tanpa sebarang pencemaran

5th day;
harinie seperti dlm guide schedule
mereka mahu membawa kami makan makanan laut di restaurant paling famous di Tuaran
iaitu di Gayang Seafood restaurant untuk celebrate 5th Anniversary, 
Karambunai & Pasar Philipines
suasana di gayang mmg best
restaurant diatas air
sambil menikmati hutan bakau & persisir karambunai 
tempat yg menarik!

sebenarnya hubby xtahu ade cake 
ini kutempah & kurancang bersama adik & adik iparku untuk bg surprise
setelah di buka ikatan & kotak cake
die tergamam sebentar
berulang kali ucapan terima kasih muncul dr mulutnya untukku
aku tersenyum gembira
& ini untukmu kekasihku




to be continued!

No comments: